Ombak Rindu


Assalamualaikum....
Peace yunk ~

okey, straight to the point jelah..
hari ni aku nak share dengan korang cerita yang kian meningkat naik dekat pawagam sekarang...
Nak tahu apa??
Tengok tajuklah derr..
"OMBAK RINDU"

Haa, aku ingat lagi..
aku sanggup tau pergi Kuantan semata-2 nak tengok movie ni..
Member-2 aku semua pergi dengan boipren dia orang..
Aku single jap hari tu...
Haahahahaha :D
Tiket RM6, kita orang tempah online je so, dapatlah tempat yang selesa..

okey2... bazir jekan aku pergi tengok padahal dekat youtube pun ada tapi lambatlah sikit masuknye...


Oscar

. Assalamualaikum...
Peace yunk..


Oscar, sape tu? Kenapa dengan Oscar tu?
ni Ck nak habaq dekat hanq pa suma..
Tu kucing baru dekat rumah Ck..
Baru dapat petang tadi, malam ni dah masuk fesbuk..
Wahh!! Pantas, cepat dan muktahir..

Oscar dah masuk fesbuk derr.....

memulakan langkah pertama di rumah tuan baru...

hohohohhoo, penatlah saye..

Ahh..!!! saye nak tidoo lah...

Kesimpulanny... nilah Oscar baru!!! Best..best...best...

Untittle

Hai kawan-kawan... Apa kabar, sihat tak? harap baik-2 je okey..
seriously, aku mati kutu duduk umah sekarang ni.. Tak tahu nak pergi manalah..

Aku duduk umah just online, online dan online... Sampai maigrain kepala otak aku asyik menghadap lappy sehari suntuk... Bay the way, masa tengah-2 online aku try la edit blog aku yang kian bersawang nih.. Lepas tu, aku tukar 'Header' blog aku ni ha... Amacam okey tak?


makin lama makin simple aku punya blog ni... Yelah, malas aku full sangat, serabut aku nanti.. So, now aku suka gaya blog aku sekarang ni... Suka, suka, suka!!

Masa aku try edit gambar guna Photoshop (triall jer), aku sempatlah buat beberapa gambar.. Triall aku tinggal berapa hari je lagi.. siapa ada photoshop free, kasi aku... hahaha *mengharap*..

Aku tukarkan warna epal tu jadi warna lama-2
hilangkan jerawat budak nih!!
adik aku jadi mangsa, maaf ye dik... tak sengaja ^,^

One Piece Vs Ck Syaa
(inspirasi dr Daus)
Makin suka One Piece!!!


kbai... selamat malam!! Salam sayang dr Ck Syaa... Daa.... <3

Holiday!





Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Hai kawan-2.. Apa khabar? Sihat? Saya sihat saja...


okey, straight to the point jelah.. sebanarnya saya nak cerita pasal holiday saya tahun ni.. Hmm, nak mula dari mana erk?? You all follow date-by-date ok!!
 

17 Dis 2011: Aku dengan kakak aku naik bas pergi terminal bas Seremban.. Agak-2 dalam pukul 8 pagi lah gerak.. samapai dekat Kuala Pilah, aku turun untuk makan.. Bapak mahalnya makanan dekat sana.. Heeiii, bazir duit aku je.. Hahaha, dalam sejam lepas tu kitaorang pun sampai dekat terminal bas... Abang aku maseg bagi tahu yang dia baru bertolah dari Puchong..Aku dengan akak pergi masuk Seremban Parade.. Beli-lah barang-2 sikit... Aku nak beli kasut tapi tak ada saiz..Kaki aku ni kecik sangat ke??
Lepas tu kita orang makan KFC... huhu, akak aku belanja der!! Terbaikkk....Masa makan abang aku masag lagi bagitahu yang dia sudah sampai.... Kita orang pun teruskan perjalanan pergi ke Permisuri Resort, Port Dickson....




18 Dis 2011: Alamakkk!!!! hari ni ada sukaneka-lah... Best wooo! Banyak group mak aku menang... Hehehe,seronok sangat..

19 Dis 2011: Hari ni hari last aku dekat resort ni... Pagi-2 lagi aku ikut mak dengan abang aku hantar akak dakat tempat kerja.. dia sudah mula praktikal.. Balik tu pergi makan dekat gerai makan apa entah depan Bayu Beaach Reasort.. Hishhh!! Menyampah aku makan dekat kedai tu.. Semua benda mintak semua tak ada... Mula-2 mak aku mintak makanan panas ada tak? dia kata tak ada, yang dekat depan tu je ada.. Mak aku kata lagi, telur goreng ada tak? dia kata tak ada jugak... Okey, lagi masa tu.. Bila mintak minuman pulak.. Aku mintak milo ais, dia kata tak ada.. yang ada air teh je... Eiii, aku rasa nak hengkup-2 je tokeh gerai tu...  Tak lama lepas tu, ada satu bas datang.. Elok pulak semua ada.. Hampeh betul!! Baik punya-2.. Geram aku dakat takoh gerai tu...By the way, hari ni dah nak balik dah.. Even, best sangat family days tahun ni... ramai sedara-2 aku join..
Seronok dapat jumpa sepupu-2 yang dah lama tak jumpa... Tahun depan buat dekat Cameron Highland.. Hmm, macam tak boleh pergi jelah tahun depan... hehehe, biar sajalah.. kita tengok tahun depan...
Balik tu pergi Nilai 3.. Orang-2 perempuan sukalah pergi sini sebab barang-2 punyalah murah.. rsa nak beli semua je.. Peristiwa dekat sana, aku sesat..hahaha, sampai dekat banggunan belakang aku pergi....


20 Dis 2011: Pergi Uptown malam ni..


21 Dis 2011: Balik rumah!! sampai pukul 7.30 malam!! Alhamdulillah :)

Apa yang best sangat?

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum...



14 NOVEMBER 2011, hari terakhir budak-2 sekolah aku ambil exam Spm.. hahaha, korang baru nak habis ek? Dia orang exam Sains Sukan hari ni... Alaaa, kesian.. aku sudah habis lama dah tapi bosanlah pula duduk rumah saja.. tak ada apa nak buat.. Tengok dekat fesbuk, macam-2 gambar korang uplode-kan? Wah!! heppylah tu.. Tapi tak apalah, kau harap korang dapat buat perkara-2 yang berfaedah-lah cuti ni.. Nanti sudah dapat result, nak sambung belajar mulalah kata 'tak puas lagi cuti'.. hahahha, gila kau cuti 3 bulan lebih tak cukup lagi.. Aku baru berapa hari pun sudah bosan!

Petang tadi aku chat dengan Hilal, bekas budak kelas aku masa form 4 tahun lepas.. Aku suruh dia tanya Cikgu Borhan pasal markah koko.. Aku nak isi tapi macam mana kalau markah koko tak ada.. Aku suruh sajalah dia yang tolong tanyakan.. Lepas tu, meleret-2 sampai kerja.. hahaha
Banyak pula kerja yang dia offer dekat aku.. Dari Kamdar, Butik, Kfc, McD, dan macam-2 lagi.. Huhuhu, rasa macam nak tapi tak naklah... Penat nanti...

Rindulah nak pakai pakaian sekolah.. Dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 aku pakai baju, baju, kasut dan stokin putih, dan kain biru muda.. Lawa kan? Masuk Tingkatan 4 aku mohon untuk jadi pengawas sekolah. Lepas tu, pakaian aku pun berubah.. Tudung warna ungu pudar, baju warna ungu pekat sikit, kain pula warna ungu pekat sangat dan kasut hitam.. hahahah, warna-warnikan aku punya pakaian.. Best kau tahu tak?!
Masa tingkatan 5, alhamdulillah aku terpilih untuk menjadi penolong ketua pengawas.. Walaupun aku rasa aku tak layak.. Yelah, aku baru setahun jadi pengawas tapi sudah jadi penolong.. macam tak adil bukan? Orang lain paling singkat jadi pengawas 3 tahun.. aku rasa yang lama tu lebih layak kut.. hmm, biar sajelah.. semua sudah berlalu...

Masa aku sekolah rendah (SK Chini 3&5), aku teringin sangat nak jadi pengawas sebab aku tak nak pakai baju putih lagi. Nak juga pakai pakaian yang lain dari orang lain.. hahahah, pelikkan...
Sepanjang aku sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 5, aku setia sangat dekat kelas nombor 2.. kira aku ni, loyalty la.. tapi masa aku darjah 6, aku kena masuk kelas akhir sekali.. Kelas nombor 4.. hahaha, masa aku tahu aku dapat kelas akhir sekali tu, aku menangis beb! hahaha, tak sanggup kau nak masuk kelas akhir.. Yelah, selalu kelas ke-2... Kena sesuaikan budaya mereka tapi bila sudah masuk, seronok juga sebab ramai rupanya yang kena down kelas.. Bukan aku seorang saja.. Lepas percubaan Upsr, aku kena naik kelas.. Dapat semula kelas nombor 2.. tak seronoklah, geng-2 sudah berpecah..

Itulah serba sedikit tentang persekolahan aku.. Zaman Tadika saja aku tak cerita.. Hmm, lain kali sajalah.. Sudah malam sangat ni.. Mahu tidur... Assalamualaikum :)

 

i
ni gamabr aku masa hari kedua terakhir persekolahan sebelum exam prinsip perakaunan

Maksud 'PEACE'..

Time for sharing.

lama Dunia TashQash tak share apa-apa kan? Asyik selling jer.
Oklah. Hari ni nak share sesuatu yang ringkas tapi mungkin ramai yang belum tahu barangkali.
Sukakah anda membuat simbol ini?
Jika ya, ada baiknya anda baca artikel ringkas ini. Semoga memberi manfaat bersama
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Oklah cukup dulu untuk sharing kali ini
Salam dari Dunia TashQash
Selling and Sharing.



Sumber dari Dunia TashQash

Ombak Rindu

Fuuhh!!! habis berhabuk belog aku ni.. hahahaaa, lama gila tak update.. kalau update pun belum tentu lagi ada orang yang baca.. hmm... by the way, saya nak ucapkan selamat bebas buat pelajar-2 Spm yang sudah habis exam *macamsaya* dan yang mana tak habis lagi exam tu, saya doakan supaya kamu buat yang terbaik...

tapi saya peliklah, kanapa budak-2 ni kata lepas spm sudah merdeka.. apa maksud dia orang ya? ohhh, i'm still not understand... bagi saya, sama saja... selagi result spm tak keluar, selagi tu saya rasa tak merdeka... mena taknya, takutlah kalau result menurun.. matii aku! ):

okey, next story... saya baru saja balik dari kuantan.. pergi tengok cerita Onbak Rindu yang sedang riuh diperkatakan.. mula ditayangkan pada 1 dis 2011, dan baru sekarang saya dapat tengok.. best jugak cerita tu... not bad-lah... actually, saya boring duduk dalam panggung tu lama-2.. sudah dapat keluar, fuuhhh baru rasa lega..


Pelakon utama cerita ini Maya Karin sebagai Izah, Aaron Aziz sabagai Hariz dan Lisa Surihani sebagai Mila...
Sebanarnya sedih juga tengok cerita ni tapi malaulah nak bagitahu.. hehehhe
best sekali part ni, masa ayah dengan mak kandung Hariz(Aaron Aziz) buat kenduri sempena diaorang nak pergi umrah... Hariz bagitahu yang dai sudah kawin dengan Izah 2 tahun yang lalu... Hariz menangis beb!! aku memang tak boleh tengok orang nangis-2 ni.... 

okey-2... penatlah menaip.. maklumlah dah lama tak menaip...kekuk jari jemari aku..hahhaha
daa, Selamat Malam (:

Itu bukanlah keinginan saya


Baru lepas exam mathematic tadi.. Fuhh!! Best sangat soalan.. ni yang makin buat aku rasa gembira dan melompat-2 *hayalansamata-2* nilah kali pertama aku menyumpah-saranah soalan math.. 

sebelum masuk dewan: hmm, mesti masuk distance graf! yakin! 

first time dapat soalan SPM 2011(math): bila aku buka saja soalan tu terus nampak soalan sets dan semangat kian luntur so, aku beralih ke soalan lain.. not bad lah soalan.. bila sampai dekat soalan matric dengan speed graph, aku rasa macam tak ingat apa-2 saja.. buatlah yang mana ingat.. Then, aku terus ke soalan probability.. perhhhhh!! ni yang buat aku makin tensyen ni.. soalan apa entah keluar.. ayat panjang-2.. satu patah haram aku tak faham apa soalan tu nak.. seriously, aku memang tak tahu.. niat hati nak tanya pengawas yang jaga tapi semuanya dekat belakang.. sorang pun tak datang depan (CP034A001-paling depan)... benci-3

30 minit lagi: hanya soalan probability aku tak jawab penuh.. oppss!! soalan bumi pun sama.. aku tak baca pun soalan bumi tu, malas nak buat... hahahahaha
by the way, aku masih lagi menunggu ada mana-2 pengawas yang pergi ke depan tapi alik-2 ketua pengawas yang datang.. adoiiii -.-' 

15 minit lagi: PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON. MASA MENJAWAB HANYA TINGGAL 15 MINIT LAGI. CALON TIDAK DIBENARKAN KELUAR DARI DEWAN (akudahbolehhafalayatni)
last-2 sebab tak dapat buat, aku jawab saja yang aku ingat.. lepas tu, ketua pengawas kata masa sudah tamat.. aku pun letakkan pensel tanda aku sudah siap :) dan layan perasaan sikit..
aku mula ingat, aku belajar dari tadika sampai tingkatan 5.. kalau aku tak dapat keputusan cemerlang, mesti mak kecewa.. dan aku mula manangis dan menangis.. 

#TIADATEMPATUNTUKAKUMELUAHKANPERASAAN#

Filem Terbaru!

Assalamualaikum..

Tarikh Keramat 14 Nov 2011 semakin hampir... masa tulis entry ni hati semakin berdebar-2.. berdebar... berdebar..dan semakin berdabar.....Alamakk!! Takutnya....

Satu filem yang akan di terbitkan tidak lama lagi.. Selamat menonton!!


Filem yg ditunggu2 Bulan ini....

Filem : SPM 2011
Genre : SERAM
Tarikh tayangan : 14 N0VEMBER 2011
Penerbit filem : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tiket : FREE ( TINGKATAN 5 sahaja )
Arahan : PENGAWAS PEPERIKSAAN
Tempat tayangan : SELURUH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR MALAYSIA

Selamat hari raya aidiladha





SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI CK SYAA...



Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.


~> Pertama kali pergi raya rumah dia.. ! :)
MALUUUUUU.........hehe

okey, daa.... salam sayang ! !

Cara-2 meng'hack fesbuk!! *HOT*

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca sekalian :),hari ni kita mula posting dengan keadaan tersenyum hahaha,cak-cak :D.. .okey hari ni saya nak berkongsi sikit ilmu menghacking facebook orang ni,atau lebih saintifik dengan bahasa malaysia menceroboh akaun muka buku (facebook) orang.


Anda diingatkan supaya membaca artikel ini dari awal hingga akhir supaya anda tidak terlepas step-2 atau langkah ini,Jika anda terlepas 1 step,kerja menghacking tidak akan menjadi,so beri perhatian 100% sepenuhnya :)


Sebelum memulakan kerja ini, saya nak tanyalah dekat korang,korang pernah tak dihack oleh orang?pernah?tidak pernah?haha mesti ada dua jawapan tu je kan.. . tpi hari ni saya nak ajar bagai mana kita pulak menghacking akaun orang :D tetapi saya ingin mengigatkan pada korang yang melakukan kerja ini..Please!! sembarang perkara yang berlaku saya tidak akan bertanggungjawab..

Okey, mula-2 sekali kita mesti kena tahu siapa orang yang kita nak ceroboh akaun dia.. kebiasaannya,hacking ini digunakan oleh pasanggan couple.....hahahaha  dia orang guna pun untuk memantau aktiviti girlfriend(gf) or boyfriend(bf) dia orang... saya  pun tak faham sampai sanggup menghacking sesama sendiri,kan senang kalau mintak je pasword tu dekat bf/gf dia.. bukan ke yang itu lebih senang?


Langkah pertama,sila beri perhatian ye...kalau korang dah dapat mangsa korang,  terus ke profile dia,pastikan posisi view tu mcm ni...lihat pada screen shot bawah,nampak kan.kalau kecil sangat sila click untuk tumbesaran..




Langkah kedua,sila beri perhatian sepenuhnya,dengan menggunakan kekunci print screen di papan keyboard korang.. korang terus tekan dan sila duduk diam2 dulu :) ..kalau korang tak tahu button print screen tu mcm mana,korang boleh tngok kat bawah ni.







Langkah ketiga,sila beri perhatian anda ye..pergi ke paint dan click pada paste,tngok gambar bawah ni kalau korang tak faham :) Click icon mcm kat bawah ni..



seterusnya ia akan jadi macam ini selepas anda click paste..



Give me all your extansion here!! Langkah keempat,pastikan printer korang switch on,kalau tak dia tak akan menjadilah... lepas tu,click pada print...print korang mestila kene ada warna...jangan putih hitam je taw,tak syok lah menghacking ni kalau tiada warna.


Dan yang terakhir,korang cepat-cepat pergi ambil page yang diprint tu dan conteng-conteng lr sepuas-puasnya :D ..hahahhahahahahahah!!!!




Sebenarnya saya sendiri pun tak ada print screen yang bewarna hehehehe....so, saya pakailah adobe photoscape untuk mengahcking  *ala2 menipu ni* .. hahahaha.. so, korang dah terkena dengan saya :D jangan marah2,tenyum2 :D. ..hehehe tak comel langsung >_<! :p

Secara kesimpulannya,kalau korang buat cara ni,korang saja je kan yang tahu,orang lain tak akan tahu selagi korang tak membongkar rahsia sendiri.so, kita pun tak dapat dosa banyak daripada menceroboh akaun orang... cerobohlah akaun mukabuku sendiri.. confrm x dapat dosa...hehehehe

Mak tolong!

Awat malang sangat nasib wa hari ni?
# Nak tahu apa yang malang? bace jelah

Okey, hari ini ada dua perkara yang membuatkan wa rasa wa malang sangat.. Mula-2 waktu pagi tadi. Wa jalan dengan Maizatul nak masuk kelas. Wah!! macam-2 berborak.. Pasal itu lah, pasal inilah.. Semua habis wa cerita. Maklumlah mulut wa ni mana reti nak berhenti.hahaha.. Nak dijadikan cerita, wa dengan membe wa ni naik tangga. Bila nak sampai dekat tangga terakhir, kaki wa terkehel. Apa lagi, wa pun jatuhlah.. Bila sedar wa dah jatuh, cepat-2 wa berdiri semula. Buat macam tak ada benda yang terjadi.. Oooii, kalau orang nampak wa jatuh.. Alahaiii, malu la beb! Tapi nasib baik waktu tu, tak ada yang nampak sebab masa tu waktu PMP.. hehehe
wa keluar kelas sebab pergi ladys.. lagi pun cikgu kelas wa tak masuk, keluar sajalah walaupun tak guna pas keluar.. Itulah akibat keluar kelas waktu belajar..

Lepas tu, ada lagi malang yang menimpa wa.. Haa, ni waktu tengah hari pula. Lepas balik dari solat zohor. Macam biasalah setiap hari isnin hingga khamis semua pelajar wajib sembahyang zohor berjemaah di sekolah kecuali pelajar yang haid, nifas,waladah dan uzur syarie tak di wajibkanlah.. Lagi satu, lepas solah pejalar tingkatan lima macam wa kena balik lambat sebab ada kelas tambahan.. lepas solat, pergi makan dulu.. tapi hari ini nak buat kelainan sikitlah.. nak makan dekat kedai depan sekolah so, maknanya wa kena keluar pagar sekolah! baru sampai dekat pagar, tengok kedai tu tutup.. hmm, hampa gile... wa baru nak kasi tukang kedai tu kaya sebab wa belanja dekat kedai dia tapi x ada pulak... so, wa masuklah kelas.. masa otw masuk kelas tu maizatul ajak pergi kedai dekat dengan kuartes guru.. adooooiii, wa malaslah nak bawak moto.. last-2 dia pergi dengan hamizah... wa masuk kelas dengan hasyimah.. baru saja sampai dekat tangga ke 2 atau ke 3 macam tulah, kaki wa terkehel lagi.. hmm, jatuh lagi.. awat malang sangat hidup wa hari ni? asyik jatuh tangga saja... mujur tak ada yang nampak.. haaaaahahah, okey itu je wa nak bagitau hari ni... selamat malam :))

Sabar? Boleh terapkan ke?

Assalamualaikum....

Hai, ape khabar korang hari ni? harap okey jelah erk.. hmm, hari ni saya semangat taw nak update belog... Petang tadi lepas study, saya  on lah fesbuk.. tengah-2 belek fesbuk tu, terserempak pula dengan satu group ni.. namanya Aku benci dedah aurat di facebook.. Macam menarik! jom terjah group ni.. Banyak orang post dekat wall group tu yang pastinya semua bagus..
Ada satu blog yang menarik perhatian saya, tajuk entri dia pasal sabar.. Best taw... Nama blog tu lupalah, maaf ya... Mintak share entry tu...

 CARA MENDAPATKAN SIFAT SABAR



1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka
 yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

Adakah ini kerja saya?


Seperti yang sedia maklum, saya sudah makin malas nak update blog.. Seminggu sekali je update. Kalau update pun memang tak tahu nak tulis apa.. Badan saja di sini tapi otak saya entah ke manalah. Memikirkan kerja sekolah yang bertimbun-2, tarikh keramat 14 november semakin hampir.. Aduhhh!! stress betul! hanya belog yang mampu buat say tersenyum.. Setiap kali on belog, mesti inginkan sesuatu kelainan so, that why la on belog lama-2 padahal tak ada apa pun di update!

  Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. Spm semakin hampir tapi kenapa saya tak insaf-2 erk? buat tak tahu saja dengan spm.. Okey! setakat ini homework math moda saya sudah siap! Yahooo!!! by the way, banyak lagi homework tak siap lagi tapi masih ada masa untuk online.. Esok nak siapkan homework sains dan prinsip perakaunan..  Harap semua akan okey! 

Nota kaki: Saya nak jumpa awak!

 

6 Perkara Di benci saya



Dalam hidup ni, mesti ada perkara-2 yanh kita tak sukakan?
Memang wajib adalah benda tu.. Mustahil sangat kalau tak ada..
Sedangkan orang gila pun ada tau.. eh?!! mana tau ni? *buat tahu*
Apa yang saya tak suka dalam hidup ni, seboleh-2nya saya nak lari dari jump benda-2 tu semua...

1. Ikan keli, ikan patin, ikan haruan dan ikan sembilang..
Cuba teka, apa persamaan ikan-2 di atas.. Haa, teka-teka.. Sapa cepat, dapat duit singgit. [20 minit kemudian]
Ala lambat sangatlah.. Sebanarnya bentuk mereka!!! Saya sangat geli dengan bentuk kepalanya.. Sangat gelilah.. Oleh yang demikian, saya tak makan ikan spesis tersebut.. 

2. Orang yang merokok
Selalu nampak kaum lelaki yang merokak tapi ada juga segelintir kaum perempuan yang merokok. Chooiii!! memalukanlah kalau perempuan yang merokok.. First time saya manpak depan mata, tahun ni. Masa tu dekat depan Kuantan Parade. Orang Pahang panggil KP... Apa best isap rokok? Apa faedahnya? Pelik betullah..
Menyusahkan orang je nanti dapat penyakit terhidu asap rokok tu..

3. Orang Kacau Bila Saya Badmood
Saya tabik springlah kalau sapa tengah badmood dan ada orang kacau dia still lagi maintine... ada sapa-2 tak? Tolong bagi tips dekat saya.. Saya sangat memerlukannya!!

4. Tengok Blog Orang Cantik
Ni bukan tak suka sebab menyampah ke apa ke, just julez je tengok blog dia orang ni cantik semacam je.. Lagi-2 blog yang ada header cute...! Edit pulak guna photoshop. Saya nak buat tak reti, download banyak kali dah adope tu, tapi sampai sekarang tak lepas nak guna.. wrong instail kowt.. sapa ada buat header free?

5. Mungkir janji.
Ni satu lagi jenis orang yang saya tak suka. Orang selalu kata 'janji tinggal janji'.. kadang-2 saya takut juga untuk berjanji, takut tak boleh tunaikan janji tu.. Yelah, bukan senang nak tunaikan janji... Ada sesetengah orang tu suka cakap ' Insya-Allah'.. Memang maksudnya 'dengan izin Allah' tapi ada yang menggunakan perkataan tersebut hanya untuk menjaga hati seseorang sedangkan dia memang tak nak berjanji so, jalan termudah cakap perkataan itu...

6. Buat Kerja Yang Tak Menjadi
ini tidak terlalu tak suka sangat pun tapi memang tak suka pun.. Asal buat sesuatu, mesti tak menjadi.. Contohnya memasak... Buat tak menjadi mesti xbestkan.. Lepas tu, ada pula yang tegur dengat kerja yang tak menjadi tadi tu.. haaa, malu sangat! nak-2 pulak orang tu kecoh sekampung... Choii!! I HATE YOU

p/s: Saya hanya insan biasa yang menpunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendir..
Maaf kalau entri ini tidak menghiburan anda

Saudariku

Assalamualaikum...



Salah satu status yang saya jumpa masa godek-2 fesbuk tadi... 

Lepas tu, godek-2 lagi profile demi profile member-2..
Jumpa pula yang ini

Status dari wall kak kyra , kawan ehem3 ^_^

Dari pagi, petang dengan malam ni bukak fesbuk...
Menyampah weh, bila on fesbuk je muka budak sorang ni  TERPAMPANG depan skrin netbook saya ..
muka PENUH satu kemera.. tak pakai tudung pula tu...
konon HOT laa tayang muka, rambut depan dahi..heerrrr!! sengal..
nasib baiklah muka kau tu cantik.. ooppppsss!! cantik ke
Hahahahaaa, sudah la... tak ada motif pun entry malam-2 buta nih..
bosanlah... tengok cerita Iqra' dekat Tv3.. Ditemani kekanda dengan sahabat kawe..[massage]
 Pendekat hubungan walaupun berjauhan...
Sekema gitu ayat...

Tadi ada kelas sejarah.. Tak bawak kertas yang nak bincang so, inilah yang saya lakukan
taaaddaaaa...........!!!!!


I'm not good in drawing....
Okeylah, sudah panjang saya mengarut ni...
Nak outlah, pakaian tak iron lagi...
Saya pelajar Smk Chini 2 nak pergi sekolah esok pagi..
Assalamualaikum.. 

Deactive





bulat besar, bulat kecil, bulatan besar...
Sayang papa, sayang mama, sayang semua...


[ nyanyi kuat-2 sambil buat gaya ]


Cantik tak cover belakang ni??
bulat-2 macam telur itik belakang rumah Sidang Saman..
Eh??!!! termasuk pasal komsas pulakk...
HAHAHAHAAA


*mood menghiburkan hati*
Ok, fine!! saya off fb saya...!!!
Spm sudah dekat so, i need to spend more time with my bff....
Hope you will help me..
no more FACEBOOK!!  TWITTER!!  FORMSPRING!!


Banyak sangat habis masa untuk semua itu..
i need to change my life..
Exam hari tu pun sudah capai target.
Tapi....... addmth tu kena banyak latihan lagi..
bagus jugak cikgu buat kelas malam-2..
Kalau duduk dekat rumah, belum tentu lagi nak study addmath...


Sekarang saya perlu ubah hidup saya...
Banyakkan study!!!!
hanya tinggal 30 hari je lagi...
Tengok bilangan hari dekat dalam kelas tu, berdebar-2 je...
Harap-2 dapat kalahkan cik abang sorang tu.... HEHEHE


okeylah, x boleh lama-2 ni..
nak keluar tempah kek..
ada jamuan jumaat ni...
nantikan gambar-2 kami okey..



Sayonara

kawan-2 hari ni hari Ahad. Atau Sunday yeeeeeeee...
okey, sebenarnya bukan tu yang saya nak kasi tahu kalau saya tak cakap pun mesti korang tahu hari ni hari Ahad kan, esok pulak hari Isnin.. semalam hari Sabtu..

 Semalam dengan hari Jumaat tu saya ada kem dekat D'Rhu Beach Reasort... Cuba eja dengan betul -,-
Anjuran FELDA. Best tau belajar.  Semua guru-2 cemerlang kasi ceramah.
Okey, tak tipu sebab saya dapat tenagkan fikiran yang sedia kusut.

Kite orang duduk tengah-2.. dalam barisan ke 2-4 macam tu lah.
Tahu sebab apa? sebab saya ni rabun so, duduk belakang-2 tak nampak..
Macam budak-2 cemerlan jekan duduk depan-2. HAHA 
Last-2 kesejukan! sempat jugak la beku dalam dewan tu..
Nasib baik sempat cair, kalau tak mesti tak dapat makan. HOHO

Semalam sampai dalam pukul 8.15 macam tu la...
Naik van derrr..... Duduk belakang sekali..
Baru tidur kejap, dah terjaga..
PakCik van tu bawak bukan main laju lagi...
Rasa macam nak tercampak je keluar...
dalam hati ni dah macam-2 fikir...
Nasib baik sampai sekolah...

Hmm, malas nak tulis panjang-2 nanti meraban.LOL
Trully, kem tu buat saya rasa tenang walaupun untuk seketika.

Macam biasalah, setiap mana saya pergi mesti snap pic...
Tengok ajelah ye.....

Adhwa sorang je lelaki... Wakil pun jadilah. 

Peliklah pic ni.. camera bukan main lagi besar, budak-2 ni nak jugak berhimpit-2...

Sengetkan kepala anda.. Ada sampah!! *Buat tak nampak*

Cari perompak ketam comel...

Seriously, dah penat.. orang lain berdiri, saya duduk..

Entah bila pulak laa, dapat jumpe budak Laila ni wlpun duduk chini timur je..

Budak dari SMK Lepar Utara...
Kawan-2 tapi tak pernah tanya pun nama dia sape...
Buda-2 sekolah Hanim.. (ex)
Bukit Goh, Kuantan.