Berjaya vs Gagal

Assalamualaikum
Peace [",]

Actually, hari ni keputusan Matrikulasi keluar.
Ana tak dapat pun.
Hmm, nak kata kecewa tu mesti adalahkan walaupun Ana dah agak memang tak dapat.
Tapi tengok kawan-2 ramai yang dapat, ada jugalah rasa cemburu. Huhuhu
Ana dah try untuk rayuan, Insya-Allah dapat kut :)

Budak-2 kelas Ana ramai yang dapat dekat Matrikulasi Pahang.
7 orang rasanya. Tahniah!
Lepas tu ada sorang dekat Kedah n sorang dekat Johor.
28 Mei nanti dia orang masuklah.

Ana tak dapat sebab Bahasa Inggeris tak kredit.
Alhamdulillah, sabjek lain okey.
Mak kata masuk Tingkatan 6.
Tapi macam berat hati je nak pergi :(
Tingkatan 6 masuk 8 Mei.
Hmm, entahlah nak masuk ke tak.

Dengan rasminya saya sudah . . . . . PART II

Assalamualaikum.
Peace Yunk.[",]

Ingat lagi tak entry saya yang semalam...?
Allaaa, yang pasal soalan yang ada jawapan A,B,C,D tu.
Tak bacalah tu.. Okay, dekat entry ni --> Klik Sini

Jawapan yang sebanarnya adalah . . .
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

'C'
Guna gelas baru


Actually, gelas ni dah lama duduk dalam bilik.
Cikgu bagi hadiah Spm 2011 sebab PA dapat a.
Hehe, simple but important :)


Dengan rasminya saya sudah .........

Assalamualaikum
Peace Yunk [",]

Dengan rasminya saya sudah .......

A) Beli kasut baru
B) Akan Hang-Out dengan member
C) Guna gelas baru
D) Dapat phone baru

Okay, mana satu pilihan korang?

Promosi 50% dari Giorgio Saintino

Assalamualaikum.
Peace Yunk [",]

Cakap saja pasal promosi ramai yang nak tahukan.
Okey, sekarang ni Ana tengah belek-belek cartelog.
Huhu, berminat betul nak beli.
Eh, bukan senang nak dapat 50% discount tau.
Tapi tak tahulah masih wujud lagi ke tak promosi tu.

Yang Ana nak beli ni kasut.
Alaa, kasut tertutup macam budak-2 perempuan pergi kuliah tu.
Prepare untuk masuk IPT nanti.
Hahaha, muka budak tak sabar nak masuk IPT :D
Nanti kalau dah beli, saya tunjuk okenggg...

Ana ada 'Kembar' ?

Assalamualaikum.
Peace yunk [",]

Inilah kembar Ana tu.. Huhuhu
Ada gaya ke?
Ana tengok macam tak tapi sesetengah orang kata ye.
Hmm, mungkin sama macam Ana yang dulu kott..
Sekarangkan Ana dah 'gemuk'. :-p
Cehh, dulu kuruslah konon..


Kanan tulah, 'kembar'.. Nisa nama dia.
Ni gambar waktu Account Night dekat Kolej Matrikulasi Pahang.
Doakan dia orang dapat 4f untuk Pspm ya. (Final Exam)..
Okey, tu je nak bagi tahu. Kbaii

Nostalgia~~

Assalamualaikum..
Peace Yunk [",]

Mungkin saya rindu zaman sekolah kot. Semalam mimpi pasal sekolah.
Ingat lagi dulu jahat sangat tapi tak adalah jahat sangat-3. haha
Biasalah hobi saya masa sekolah. Ponteng kelas dan tawaf sekolah.
Mentang-mentanglah pengawas sekolah. Bajet!
Tapi semua tu dah berakhir..
Dan sekarang tiba zaman universiti. Mungkin jelah.

Bila on lappy, tergerak hati nak tengok semula gambar-2 zaman sekolah dulu.
Orang selalu pandang rendah dekat sekolah saya ni.
Hmm, katanya sekolah untuk budak-2 jahat je, budak 'tapis', disiplin ketat sangat.
Bagi saya tak adalah.
So, that. Kita kena ubah persepsi orang dekat sekolah tu.
Alhamdulillh, sekarang sekolah saya meningkat naik.
Dalam akedemik ataupun koko.
Bangga jadi anak pertama sekolah tu 
 

Ni gambar-2 yang ada dalam lappy, banyak lagi tapi isi sikit jelah.


2009 (Tingkatan 3) ♥ ♥ 

photoshot utk ptandingan Power Point sempena Hari Kemerdekaan.

Pgorgam lepas Pmr. - Batu Seremban


Taklimat apa entah.- muka dyorg. gelak aku tengok.
Al-Fatihah untuk arwah Mohd Halimi Bin Hassan
16 Julai 2011
Rombongan Free g Genting Highland :)
Kawan-2. (Ana, Aidah, Adek dan Anim)
Semua mula dgn 'A' kan?
2010 (Tingkatan 4)
Rombongan g Gambang Water Park.
(Ekal, Farid, Hilal dan Abe)
Sukan Tahunan Sekolah.

Hmmmm....
First Day sekolah 2010. Gile jap dgn adik.


Sebelum balik sekolah di 4 Aspiration.


Kem Jati Diri Pengawas Smkc2dekat PLKN Tasik Chini.
(Depan: Rahim, Amirul)
(Belakang: Arif, Shuhada, Nazirah, Anim, Ana)


Belakang Tabir Jamuan Perpisahan Prs 2010.
Senior-2 Prs..
( Kak Roby, Kak Rathiah, Kak Mira, Udin)
Jamuan Akhir Tahun 2010 4A.


Belakang Tabir... Aku buat semak je situ.


Saje bagi org terliur.


2011 (Tingkatan 5)
Rombongan ke Terengganu 2011.
(Afi, Akak, Ana, Mijah, Aisyah)
Seminar Spm di De'Rhu Beach Resort.


Gambar guru2 waktu Jamuan Akhir Tahun 2011 di 5A.
Kena ragut!! Tolong3..


Sekian...

Kembar tiga sekali dapat

Assalamualaikum..
Hello Bebehh [",]

Sekarang Ck dah jadi nenek lah.. uhukk..uhukkk *batuk*
Memandangkan anak kucing Ck dapat anak lagi.
Tiga orang sekali keluar..

Sekarang dah ada 7 ekor kucing dekat rumah Ck..
Habis duit beli whiskis untuk depa je..
Dulu ada seekor yang mati sebab kena langgar dengan abang Ck..
Tapi sampai sekarang suspek tak mengaku..huhu
Eeiii, nak kena masuk bilik gelap ni.. Macam soal siasat polis2 tu..

Sebenarnya cucu kucing tu keluar awal dah tapi baru hari ni Ck ingat nak buat entry pasal cucu tiga orang ni haa..
Hmm, kalau tak silap Ck hari sabtu kot dia orang lahir.
Pagi2 pula anak kucing ni buat hal gelisah nak beranak.
Nasib baik bukan bilik Ck jadi tempat dia beranak..

Jom lah tengok cucu-2 nenek ni :



--Mana pulak kamera ni. time nak guna tak jumpa pulak--

0411

Assalamualaikum..
Peace Yunk [",]

Jam sudah menunjukkan jam 0411.
Tapi aku masih belum tidur.
Huh! kenapa ?

Actually, ni semua sebab kau.
Kaulah yang membuatkan aku tak boleh tidur.
Puas aku cari kau dan sampai sekarang masih tidak jumpa.
Siapakah 'Kau' yang dimaksudkan?

Hahaha. . .  sebenarnya aku tengah cari cerita 'Up'.
Cerita apa tu?
Aku pun tak tahu cerita apa tu tapi setahu aku, tu cerita kartun.
Sebab aku beria sangat cari cerita tu sebab. . . . . . . . .

sebab...
sebab...
sebab...

aku tengok video ni ---> Klik Sini

Sedih aku dengar lagu ni pagi-2 buta. Nak nangis je rasa :(

Puas cari nak download cerita ni tapi semua kena bayar.
Biasalah, aku nikan kedekut. haha
Manalah nak beli-2 online ni.
-LOL-
Ada siapa-2 ada cerita tu?
Nak pinjam..  *buat muka tak malu*