Bosan

Assalamualaikum.... hmmm, dah aku x jenguk laman sesawang aku nie yang dah bersawang2... syuhh...syuhh..syuhhh... lari la labah-labah...spiderman....



Eh? Eh? Korang....Korang penah rase tak bosan tahap gaban?  agak2 mesti adakan..so, korang mesti tahu perasaan aku sekarang nie...bosan dah tahap Dewa19 dah..hahahaha... bukan ape, aku bosan dah dengan hidup aku sekarang nie. pagi bangun, pas tu gi sekolah..dah petang baru balik.. dah balik tu makan,tengok tb, tido.. esoknye pulak  pagi bangun, pas tu gi sekolah..dah petang baru balik.. dah balik tu makan,tengok tb, tido... gi tu la hidup aku hari2.. kalau rajin aku gi la naik moto ronda2 chini nie...

bila pikir2 balik, aku nie pelajar lagi... so, daripade aku buat kerje x penting, baik aku study je... tapi bosan jugak asyik study je.. aiyaaa!!! gima ni dong? haa.... cakap pasal study, aku tak pergi pun kelas pagi tadi.. bukan malas ek... ade masalah yang tak dapat dielakkan... esok aku pergi la kalau masalah tu tak datang lagi...perhhhh!!! Allah je tahu macam mane aku rase... hahahhahaha :((

aku kena belajar sungguh2 sebab tahun nie aku dah SPM... cite2 aku nak jadi cikgu tapi sekarang ni cikgu perempuan ramai sangat.. tengoklah dekat sekolah aku, cikgu perempuan tiga puluh orang lebih jugak laa  dan cikgu lelaki bape belas orang je... memang berbeza sangatlah.. kalau x lepas masuk maktab, aku gi ipta je la... ambil bahagian akaun.. aku selalu cakap kat budak2 kelas aku yang aku nak jadi cikgu, lepas tu buat pert time jadi akauntant.. eh? boleh ke macam tu? entah, aku pun tak tahu boleh ke tak..


wokeh la kengkawan, aku nak study pulak.. hw aku dah bertimbun2 macam gunung kinabalu dah... k, daa.... selamat malam.. assalamualaikum :))

Tasik Chini

assalamualaikum...
hai..hai...hai..... ape kabar semua? eh? ade yang bace ke belog aku ni.. whatever la..


hari ni aku dengan family aku pergi Tasik Chini.. ala. tasik air tawar tu. sape x kenal, angkat kaki..hahahha
meh aku citaq sikit tentang Tasik Chini ni. okey, baca baik-baik ya.


TASIK CHINI


Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang diPahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.


Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.


LAGENDA


Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan. 
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

* sejarah2 tu aku copy kat internet je.... huhuuhuu, aku pun tak tahu sangat, walaupun stay kat chini ni nak dekat 17 tahun....*



BBQ (part1)

akhirnya berjaya jugak rancangan kami nak buat BBQ..
nanti ana uplode  pic okey... sekarang dah penat, nak tidur...
jaga diri baik-baik... selamat malam (:

R.I.N.D.U___♥♥♥

Assalamualaikum...

setelah sekian lama aku tak menulis, dah macam2 benda jadi. tak tahu la kenapa dengan belog aku ni. tapi alhamdulillah, sekarang dah okey.. so, aku boleh la sambung menulis lagi.

pekara pertama aku nak kongi ialah pasal EXAM..
exam mid year. aku rasa aku jawab periksa secara terpaksa saja.
mungkin aku tak sedia lagi. sebab itu, result exam aku teruk sangat. rasa2 exam ni la paling teruk sekali.
setakat nie aku hanya dapat 1 a je. tu pun A-. bukan la x bersyukur. cuma rasa ralat je.. apa2 hal pun aku tetap suka sebab yang a- tu pendidikan agama islam. last year, asyik b je (:  tu aku suka sangat. mata pelajaran yang aku selalu dapat a prinsip perakaunan dan ekonomi asas. tapi perubahan berlaku. aku hanya dapat c untuk prinsip perakaunan dan b untuk ekonomi asas. . aku tetap bersyukur kerana tetap lulus walaupun x secemerlang orang lain.


perkara kedua ialah CUTI PERTENGAHAN TAHUN.
selalu orang kalau dapat cuti ni seronok tapi bagi pelajar PMR & SPM SMK CHINI 2 lain. kami ada kelas tambahan selama SEMINGGU (!)(!) *terkejut bukan,hahahaha*. lepas tu, mula dari jam 8 PAGI HINGGA 1 TENGAH HARI (!)(!) *terkejut lagi* bapok lame nya.. kenapa lama sangat? dah macam2 tanggapan aku ni.huhuhu, lebih baik aku jangan lanjutkan entri pasal ni. karang TERluah pulak isi dalam 'jantung' ni.

okey3! perkara ketiga, aku nak kongsi pasal KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA.
pada 23 mei 2011, kebanyakkan pelajar lepasan spm 2010 telah melanjutkan pelajarannya ke Kolej Matrikulasi. termasukalah si orang tue. dia dapat dekat Pahang je  Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) . Seminggu orentasi. pukul 5.15 dah kena ada dekat padang. eh? bila masa dia orang bangun erk? mandi tak? *persoalan,hahaha :))* macam2 program. masuk bilik utk tidur paling lambat 12.30 rasanya. aku perlulah bekorban mata semata2 nak masej dia. hahahha, biarlah. sekarang dah mula belajar. pukul 8 pagi mula, pukul 4/5 petang habis.. petang tadi dia kata susah! banyak x faham.. eish, kalau macam ni la lama2,x boleh jadi... 
pada 30 mei 2011, kemasukan pelajar ke universiti. jiran ana dapat uitm jengka. ramai jugak membe2 dapat dekat sana. macam best je tengok dia orang. rasa macam nak masuk pulak. tak nak la masuk matrik.huhuhu