Mak tolong!

Awat malang sangat nasib wa hari ni?
# Nak tahu apa yang malang? bace jelah

Okey, hari ini ada dua perkara yang membuatkan wa rasa wa malang sangat.. Mula-2 waktu pagi tadi. Wa jalan dengan Maizatul nak masuk kelas. Wah!! macam-2 berborak.. Pasal itu lah, pasal inilah.. Semua habis wa cerita. Maklumlah mulut wa ni mana reti nak berhenti.hahaha.. Nak dijadikan cerita, wa dengan membe wa ni naik tangga. Bila nak sampai dekat tangga terakhir, kaki wa terkehel. Apa lagi, wa pun jatuhlah.. Bila sedar wa dah jatuh, cepat-2 wa berdiri semula. Buat macam tak ada benda yang terjadi.. Oooii, kalau orang nampak wa jatuh.. Alahaiii, malu la beb! Tapi nasib baik waktu tu, tak ada yang nampak sebab masa tu waktu PMP.. hehehe
wa keluar kelas sebab pergi ladys.. lagi pun cikgu kelas wa tak masuk, keluar sajalah walaupun tak guna pas keluar.. Itulah akibat keluar kelas waktu belajar..

Lepas tu, ada lagi malang yang menimpa wa.. Haa, ni waktu tengah hari pula. Lepas balik dari solat zohor. Macam biasalah setiap hari isnin hingga khamis semua pelajar wajib sembahyang zohor berjemaah di sekolah kecuali pelajar yang haid, nifas,waladah dan uzur syarie tak di wajibkanlah.. Lagi satu, lepas solah pejalar tingkatan lima macam wa kena balik lambat sebab ada kelas tambahan.. lepas solat, pergi makan dulu.. tapi hari ini nak buat kelainan sikitlah.. nak makan dekat kedai depan sekolah so, maknanya wa kena keluar pagar sekolah! baru sampai dekat pagar, tengok kedai tu tutup.. hmm, hampa gile... wa baru nak kasi tukang kedai tu kaya sebab wa belanja dekat kedai dia tapi x ada pulak... so, wa masuklah kelas.. masa otw masuk kelas tu maizatul ajak pergi kedai dekat dengan kuartes guru.. adooooiii, wa malaslah nak bawak moto.. last-2 dia pergi dengan hamizah... wa masuk kelas dengan hasyimah.. baru saja sampai dekat tangga ke 2 atau ke 3 macam tulah, kaki wa terkehel lagi.. hmm, jatuh lagi.. awat malang sangat hidup wa hari ni? asyik jatuh tangga saja... mujur tak ada yang nampak.. haaaaahahah, okey itu je wa nak bagitau hari ni... selamat malam :))

Sabar? Boleh terapkan ke?

Assalamualaikum....

Hai, ape khabar korang hari ni? harap okey jelah erk.. hmm, hari ni saya semangat taw nak update belog... Petang tadi lepas study, saya  on lah fesbuk.. tengah-2 belek fesbuk tu, terserempak pula dengan satu group ni.. namanya Aku benci dedah aurat di facebook.. Macam menarik! jom terjah group ni.. Banyak orang post dekat wall group tu yang pastinya semua bagus..
Ada satu blog yang menarik perhatian saya, tajuk entri dia pasal sabar.. Best taw... Nama blog tu lupalah, maaf ya... Mintak share entry tu...

 CARA MENDAPATKAN SIFAT SABAR



1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka
 yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

Adakah ini kerja saya?


Seperti yang sedia maklum, saya sudah makin malas nak update blog.. Seminggu sekali je update. Kalau update pun memang tak tahu nak tulis apa.. Badan saja di sini tapi otak saya entah ke manalah. Memikirkan kerja sekolah yang bertimbun-2, tarikh keramat 14 november semakin hampir.. Aduhhh!! stress betul! hanya belog yang mampu buat say tersenyum.. Setiap kali on belog, mesti inginkan sesuatu kelainan so, that why la on belog lama-2 padahal tak ada apa pun di update!

  Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. Spm semakin hampir tapi kenapa saya tak insaf-2 erk? buat tak tahu saja dengan spm.. Okey! setakat ini homework math moda saya sudah siap! Yahooo!!! by the way, banyak lagi homework tak siap lagi tapi masih ada masa untuk online.. Esok nak siapkan homework sains dan prinsip perakaunan..  Harap semua akan okey! 

Nota kaki: Saya nak jumpa awak!

 

6 Perkara Di benci saya



Dalam hidup ni, mesti ada perkara-2 yanh kita tak sukakan?
Memang wajib adalah benda tu.. Mustahil sangat kalau tak ada..
Sedangkan orang gila pun ada tau.. eh?!! mana tau ni? *buat tahu*
Apa yang saya tak suka dalam hidup ni, seboleh-2nya saya nak lari dari jump benda-2 tu semua...

1. Ikan keli, ikan patin, ikan haruan dan ikan sembilang..
Cuba teka, apa persamaan ikan-2 di atas.. Haa, teka-teka.. Sapa cepat, dapat duit singgit. [20 minit kemudian]
Ala lambat sangatlah.. Sebanarnya bentuk mereka!!! Saya sangat geli dengan bentuk kepalanya.. Sangat gelilah.. Oleh yang demikian, saya tak makan ikan spesis tersebut.. 

2. Orang yang merokok
Selalu nampak kaum lelaki yang merokak tapi ada juga segelintir kaum perempuan yang merokok. Chooiii!! memalukanlah kalau perempuan yang merokok.. First time saya manpak depan mata, tahun ni. Masa tu dekat depan Kuantan Parade. Orang Pahang panggil KP... Apa best isap rokok? Apa faedahnya? Pelik betullah..
Menyusahkan orang je nanti dapat penyakit terhidu asap rokok tu..

3. Orang Kacau Bila Saya Badmood
Saya tabik springlah kalau sapa tengah badmood dan ada orang kacau dia still lagi maintine... ada sapa-2 tak? Tolong bagi tips dekat saya.. Saya sangat memerlukannya!!

4. Tengok Blog Orang Cantik
Ni bukan tak suka sebab menyampah ke apa ke, just julez je tengok blog dia orang ni cantik semacam je.. Lagi-2 blog yang ada header cute...! Edit pulak guna photoshop. Saya nak buat tak reti, download banyak kali dah adope tu, tapi sampai sekarang tak lepas nak guna.. wrong instail kowt.. sapa ada buat header free?

5. Mungkir janji.
Ni satu lagi jenis orang yang saya tak suka. Orang selalu kata 'janji tinggal janji'.. kadang-2 saya takut juga untuk berjanji, takut tak boleh tunaikan janji tu.. Yelah, bukan senang nak tunaikan janji... Ada sesetengah orang tu suka cakap ' Insya-Allah'.. Memang maksudnya 'dengan izin Allah' tapi ada yang menggunakan perkataan tersebut hanya untuk menjaga hati seseorang sedangkan dia memang tak nak berjanji so, jalan termudah cakap perkataan itu...

6. Buat Kerja Yang Tak Menjadi
ini tidak terlalu tak suka sangat pun tapi memang tak suka pun.. Asal buat sesuatu, mesti tak menjadi.. Contohnya memasak... Buat tak menjadi mesti xbestkan.. Lepas tu, ada pula yang tegur dengat kerja yang tak menjadi tadi tu.. haaa, malu sangat! nak-2 pulak orang tu kecoh sekampung... Choii!! I HATE YOU

p/s: Saya hanya insan biasa yang menpunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendir..
Maaf kalau entri ini tidak menghiburan anda

Saudariku

Assalamualaikum...



Salah satu status yang saya jumpa masa godek-2 fesbuk tadi... 

Lepas tu, godek-2 lagi profile demi profile member-2..
Jumpa pula yang ini

Status dari wall kak kyra , kawan ehem3 ^_^

Dari pagi, petang dengan malam ni bukak fesbuk...
Menyampah weh, bila on fesbuk je muka budak sorang ni  TERPAMPANG depan skrin netbook saya ..
muka PENUH satu kemera.. tak pakai tudung pula tu...
konon HOT laa tayang muka, rambut depan dahi..heerrrr!! sengal..
nasib baiklah muka kau tu cantik.. ooppppsss!! cantik ke
Hahahahaaa, sudah la... tak ada motif pun entry malam-2 buta nih..
bosanlah... tengok cerita Iqra' dekat Tv3.. Ditemani kekanda dengan sahabat kawe..[massage]
 Pendekat hubungan walaupun berjauhan...
Sekema gitu ayat...

Tadi ada kelas sejarah.. Tak bawak kertas yang nak bincang so, inilah yang saya lakukan
taaaddaaaa...........!!!!!


I'm not good in drawing....
Okeylah, sudah panjang saya mengarut ni...
Nak outlah, pakaian tak iron lagi...
Saya pelajar Smk Chini 2 nak pergi sekolah esok pagi..
Assalamualaikum.. 

Deactive





bulat besar, bulat kecil, bulatan besar...
Sayang papa, sayang mama, sayang semua...


[ nyanyi kuat-2 sambil buat gaya ]


Cantik tak cover belakang ni??
bulat-2 macam telur itik belakang rumah Sidang Saman..
Eh??!!! termasuk pasal komsas pulakk...
HAHAHAHAAA


*mood menghiburkan hati*
Ok, fine!! saya off fb saya...!!!
Spm sudah dekat so, i need to spend more time with my bff....
Hope you will help me..
no more FACEBOOK!!  TWITTER!!  FORMSPRING!!


Banyak sangat habis masa untuk semua itu..
i need to change my life..
Exam hari tu pun sudah capai target.
Tapi....... addmth tu kena banyak latihan lagi..
bagus jugak cikgu buat kelas malam-2..
Kalau duduk dekat rumah, belum tentu lagi nak study addmath...


Sekarang saya perlu ubah hidup saya...
Banyakkan study!!!!
hanya tinggal 30 hari je lagi...
Tengok bilangan hari dekat dalam kelas tu, berdebar-2 je...
Harap-2 dapat kalahkan cik abang sorang tu.... HEHEHE


okeylah, x boleh lama-2 ni..
nak keluar tempah kek..
ada jamuan jumaat ni...
nantikan gambar-2 kami okey..



Sayonara

kawan-2 hari ni hari Ahad. Atau Sunday yeeeeeeee...
okey, sebenarnya bukan tu yang saya nak kasi tahu kalau saya tak cakap pun mesti korang tahu hari ni hari Ahad kan, esok pulak hari Isnin.. semalam hari Sabtu..

 Semalam dengan hari Jumaat tu saya ada kem dekat D'Rhu Beach Reasort... Cuba eja dengan betul -,-
Anjuran FELDA. Best tau belajar.  Semua guru-2 cemerlang kasi ceramah.
Okey, tak tipu sebab saya dapat tenagkan fikiran yang sedia kusut.

Kite orang duduk tengah-2.. dalam barisan ke 2-4 macam tu lah.
Tahu sebab apa? sebab saya ni rabun so, duduk belakang-2 tak nampak..
Macam budak-2 cemerlan jekan duduk depan-2. HAHA 
Last-2 kesejukan! sempat jugak la beku dalam dewan tu..
Nasib baik sempat cair, kalau tak mesti tak dapat makan. HOHO

Semalam sampai dalam pukul 8.15 macam tu la...
Naik van derrr..... Duduk belakang sekali..
Baru tidur kejap, dah terjaga..
PakCik van tu bawak bukan main laju lagi...
Rasa macam nak tercampak je keluar...
dalam hati ni dah macam-2 fikir...
Nasib baik sampai sekolah...

Hmm, malas nak tulis panjang-2 nanti meraban.LOL
Trully, kem tu buat saya rasa tenang walaupun untuk seketika.

Macam biasalah, setiap mana saya pergi mesti snap pic...
Tengok ajelah ye.....

Adhwa sorang je lelaki... Wakil pun jadilah. 

Peliklah pic ni.. camera bukan main lagi besar, budak-2 ni nak jugak berhimpit-2...

Sengetkan kepala anda.. Ada sampah!! *Buat tak nampak*

Cari perompak ketam comel...

Seriously, dah penat.. orang lain berdiri, saya duduk..

Entah bila pulak laa, dapat jumpe budak Laila ni wlpun duduk chini timur je..

Budak dari SMK Lepar Utara...
Kawan-2 tapi tak pernah tanya pun nama dia sape...
Buda-2 sekolah Hanim.. (ex)
Bukit Goh, Kuantan.

Gembira + Excited + Takut


Fuhh. Blog saya sudah habis berhabuk.
Nak buat macam mana dah lama tak hantar servis.
Setiap kali on blog. tak tahu nak tulis apa.. Blurr o.O

Cemburu jugak tengok orang-2 lain update blog setiap hari.
Nak buat macam mana, otak saya sudah kosong.. Kesian tak ?
Saya tak tahu apa yang sedang saya rasakan. 
Gembira + Excited + Takut = Entahlah
Ada sesiapa yang tahu apa yang sedang saya rasakan? Tell me baby --,--

First and formost ! Wah! Speaking gitu. hahahah
Gembira sebab sudah habis Triall dan baru hari ini dapat keputusan peperiksaan.
Keputusan saya tak adalah bagus mana just better la.. No Bad ~

Bahasa Melayu: 73 A-
Bahasa Inggeris: 51 C
Mathematic: 78 A-
Sejarah: 60 B
Pendidikan Agama Islam: 68 B+
Science: 73 A-
Ekonomi Asas: 74 A-
Prinsip Perakaunan: 60 B
Matematik tambahan: ttuuuutttt

Begitulah keputusan yang saya dapat!

Jumaat ini saya ada kem dekat  De Rhu Beach Resort, Kuantan .
Pecutan akhirlah  kira. Spm sudah dekatkan.
Kalau tak silap saya lebih kurang 40 hari sahaja lagi.
Takkkuuuutttttt!!!!!

Sebelum terlupa, saya nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah terasa dengan saya.
Terutama sekali kepada ibu saya, guru-2 saya dan kawan-2 semua.
Mesti adakan saya buat salah..
Biasalah, manusia mana terlepas dari buat kesilapan.
Halalkan segala ilmu yang pernah dicurahkan kepada saya.
Makan minum yang telah diberikan dan segala-nya.

Doakan yang terbaik untuk SPM saya okey..
Kepada rakan-2 sepejuangan saya, kita doa sama-2 supaya keputusan kita bagus.
Saya sentiasa doakan untuk rakan2 semua..


Eh3?! subuk pasal SPM pulak. Terlupa pasal PMR yang bermula pada hari ini.
Adik saya calon PMR tahun ni. 
Saya berharap agar dia dapat menjawab soalan dengan sebaik-2nya.
Untuk semua Rakan-2 sepejuangannya, saya doa agar adik-2 dapat lakukan dengan bagus!

Nak tips peperiksaan? Pergi ke Tip Menghilangkan Gemuruh Di Dewan Peperiksaan