PART 1


SELAMAT hari guru! Ya, dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.

Sejarah Hari Guru di Malaysia.

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei, kita akan menyambut hari bersejarah ini.
Dan sambutan ini adalah lantaran daripada peristiwa di mana pada tanggal yang sama tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju menerima cadangan-cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajaran.
Dokumen itu yang juga dipanggil sebagai Laporan Razak telah menjadi dasar pelajaran bagi negara kita.


Tujuan Sambutan Hari Guru.

Bila ditanya, mengapa anda menyambut hari guru? Apa istimewanya, dan apa perlunya sambutan hari guru?

Tak dapat dinafikan bahawa setiap jenis sambutan dan perayaan yang disambut itu mempunyai nilai dan sebab untuk kita hayati, untuk menjadi perkara musabab bagi adanya suatu perayaan itu.
Hari raya aidilfitri contohnya, adalah hari dimana umat Islam semua bergembira dan meraikan selesainya ibadah sebulan berpuasa. Ibadah korban yang dilaksanakan juga adalah peluang untuk kita menghayati sirah pengorbanan nabi terdahulu, disamping memperbanyakkan amalan bersedekah.
Hari guru pun begitu juga. Enam objektif Hari Guru yang digariskan dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia:

* Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
* Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
* Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
* Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
* Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
* Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
* Kepada semua guru-guru dan pendidik di luar sana, selamat hari guru, selamat berbakti, selamat meneruskan perjuangan anda.

Tanpa anda, siapalah saya, siapalah peguam yang petah berhujah, siapalah doktor, siapalah akauntan hebat, siapalah bisnesman berjaya… tanpa anda, siapalah perdana menteri kita hari ini!

PART 2















sakit leher

hadooiiii, sakitnya leher ni. mesti gara-gara sukan semalam ni. maklumlah, ana syahida ni bukan selalu pun bersukan. hahahaha, masa merentas desa hari tu, hari pertandingan baru ana syahida join. masa latihan pergi latihan kompang. xminat la sukan-sukan ni..


anyway, sekarang ana syahida sedang mengalami sekit leher yang teramat sangat.. kepala ni kena pandang depan je, tak boleh pandang kiri atau kanan sebab nanti sakit. dah macam robot pun ada juga.. cehh, macam real je... betul la, sakit ni.. sakit sangat-sangat...


hahahahahaa, semalam ana syahida masuk acara lontar peluru dengan rejam lembing. pelik bukan? waktu pendaftaran, cikgu pun pelik macam mana ana syahida boleh masuk. ala cakap je la "masa sukantara tu laa".. so, pergi je la lawan. masa lawan, ramai pulak mamat-mamat selenge tengok.. kalau hensem xpe jugak, ni tah ape-ape.


paling jauh ana lontar 3.71, ejam la 7.21 (rasenye laa).. dekan je kan? tengok nadan la wehh.... bdak-budak lain macam mane. aku je la kecik..that why la effect sampai sakit leher. hadooiii, mak ai.. guane mau buat ni?? nasib baik masih bolah berFACEBOOK ngan tulis BELOG.. hahahhaha.... sabor je la...



hahahha, ape la gambo ni. gitu sekali sakit leher. nampok sangat nipunye.. soley-soley..









CARA MENANGANI OBESITI?

Individu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.

Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.


Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.``Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,'' katanya ketika dihubungi, di sini.



Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkabonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar. ``Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka akan mengalami pertambahan berat badan,'' ujarnya.

Oleh itu, kata Premila, adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama menguruskan badan. Jelasnya, langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, yo-yo diet dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan membuat individu tersebut gagal.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan yang betul iaitu:-

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.

* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.

* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.

* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.

* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, tambahnya, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan, dinasihatkan berjumpa doktor.

Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN
Diet


DIA pergi tidak kembali :((

assalamualaikum...



Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Petang yang panas terik dan awan yang penuh mengandungi air ternyata ada berita yang sangat menyedihkan. Sangat tidak percaya apabila pelajar tingkatan 3 kata bahawa ustaz sheikh khalid (ustaz di sekolah ana) telah meninggal dunia. lihat keadaan cikgu-cikgu sangat gelisah. Ada yang  call, ada yang mesej. Mungkin betul tapi ............. keadaan ustaz waktu sekolah tadi okey je. tak ada pula tanda apa-apa.. 

Tidak lama kemudian, hujan turun membasahi padang sekolah kami. Cigku buat pengumuman supaya semua pelajar berkumpul di Dewan Aisyah Al- Humairah. Usataz yusuf bagi tahu yg usatz sheikh khalid sudah meningggal dunia.. Seterusnya, meminta supaya semua pelajar sedekahkan al-fatihah buat arwah.

Ana bagitahu org tua yang usatz sudah meninggal. kalau nak melawat, jenazah ada dekat klinik chini. Balik dari sekolah, dia bagitahu yang arwah jatuh bilik air. Kepada semua pembaca, harap dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah.




Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tak kira lah muda, tua, cantik dan lain-lain…yang pasti kematian pasti akan menjelma apabila tiba masa dan ketikanya.. Sekian.