DIA pergi tidak kembali :((

assalamualaikum...



Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Petang yang panas terik dan awan yang penuh mengandungi air ternyata ada berita yang sangat menyedihkan. Sangat tidak percaya apabila pelajar tingkatan 3 kata bahawa ustaz sheikh khalid (ustaz di sekolah ana) telah meninggal dunia. lihat keadaan cikgu-cikgu sangat gelisah. Ada yang  call, ada yang mesej. Mungkin betul tapi ............. keadaan ustaz waktu sekolah tadi okey je. tak ada pula tanda apa-apa.. 

Tidak lama kemudian, hujan turun membasahi padang sekolah kami. Cigku buat pengumuman supaya semua pelajar berkumpul di Dewan Aisyah Al- Humairah. Usataz yusuf bagi tahu yg usatz sheikh khalid sudah meningggal dunia.. Seterusnya, meminta supaya semua pelajar sedekahkan al-fatihah buat arwah.

Ana bagitahu org tua yang usatz sudah meninggal. kalau nak melawat, jenazah ada dekat klinik chini. Balik dari sekolah, dia bagitahu yang arwah jatuh bilik air. Kepada semua pembaca, harap dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah.




Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati, tak kira lah muda, tua, cantik dan lain-lain…yang pasti kematian pasti akan menjelma apabila tiba masa dan ketikanya.. Sekian.

Tiada ulasan: