Ask.fm



Ahh, aku tahu orang tengah sibuk dengan benda alah tu.. hahaha
Bagus juga benda tu wujud. 
At least, aku boleh tanya apa-2 soalan dekat orang punya akaun tu..

Okey, sekarang aku nak bagi tahu yang sejak akhir-2 ni aku selalu ingatkan dia.
Entah, aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sebab tarikh lahir dia sudah dekat kot.
Aku akan tunggu untuk wish birthday dia.

Dulu masa Form 2 aku rapat sangat dengan dia. 
Boleh dikatakan setiap hari aku mesej dia tapi disebabkan satu peristiwa tu aku gaduh dengan dia. 
Aku rasa tu semua salah aku juga.. 
Sejak dari tu hubungan aku dengan dia dah renggang..

Aku ingat lagi hadiah birthday yang dia bagi dekat aku..
Ada tu dia kasi satu video.
Video tentang persahabatan kami.
Setiap kali aku tengok dan setiap kali tu aku akan menangis.
Even aku dah tahu yang bila aku tengok aku akan menangis.

Video tu aku simpan dalam pendrive aku.
Kadang-2 bila aku ingat dekat dia aku akan tengok..
kadang-2 aku mesej dia tapi kalau mesej pun sekejap je. 
Tak lama pun.

Semalam aku tanya dia dekat Ask.fm, siapa bestfriend dia.
Dalam hati aku, aku nak sangat dia sebut nama aku tapi dia jawab Pikah, Cheah, wani..
Hmm, tak apalah mungkin aku bukan bestfriend dia lagi. Its okey :)

Dalam minggu ni juga aku ada baca blog dia..
Aku baca dari mula dia bloging sampai sekarang..
Okey, sekali lagi tak ada satu pun nama aku.. 
Even kau cerita pasal kawan-2 kau sambung belajar..
*hehe, aku macam mengharap gila kau tulis satu jurnal pasal aku*

Esok birthday dia, aku dah siap bungkus hadiah untuk dia dari hari Isnin lagi..
Mungkin apa yang aku kasi ni bukan seberapa tapi aku percaya nanti kau duduk poli kau akan guna hadiah yang aku kasi ni..
Tapi macam mana aku nak kasi hadiah tu dekat kau?
Tak apalah, aku ikhtiahlah macam mna nanti..
Aku akan pastikan kau akan dapat hadiah tu hari esok..
Tak tahulah pagi, petang atau malam...

By the way, aku harap dia akan panjang umur dan di murahkan rezeki.
Semoga dia dapat belajar dekat Poli nanti bagus-2... 
Kalau dapat 3.0 ke atas pun sudah okey tapi kita kena target lebih..
InsyaAllah, kau akan dapat apa yang kau inginkan :)

HAPPY BIRTHDAY MY BESTFRIEND ! (Nooraini Bt Mohd Nor)

Cuti sem !

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pejam celik pejam celik dah akhir bulan November. Tak sangka aku dah habis sem 1 untuk matrikulasi.. Tapi 24 Nov aku dah kena balik kolej.. huhuhu, sekejap je cuti... Only a 2 week!

So, sekarang akau rasa dah lama tak tulis blog ni.. Hmm, sekarang memang sibuk pun.. Kalau duduk dekat matrik tu pun tak ada masa nak online, masa yang ada aku isi dengan TIDUR. hehehe
Tak juga, kadang-2 kalau aku rajin aku bacalah buku.. Okey, tu hanya 'kadang-kadang'.

Sekarang aku tengah cuti sem, risau sangat dengan Result PSPM.. tahu kenapa?? Sebab aku rasa waktu jawab exam hari tu aku tak buat yang terbaik pun.. Cakap pasal exam, aku ingat kertas Math.. Aku dah jawab yang terhabis baiklah untuk paper tu, kalau x dapat juga itu bermakna ia bukan rezeki aku tapi kalau aku dapat Alhamdulillah.. untuk PSPM1 yang aku dah jawab ni, aku terget bolah dapat 2A dan math aku lulus :) harap boleh dapat yang lagi baik..