SPM menjelma lagi


Assalamualaikum,

Esok iaitu 23 Nov 2010, bermulanya peperiksaan 
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).. 
Disini ana nak ucapkan 
SELAMAT MENJAWAB  PEPERIKSAAN
 buat semua calon di seluruh Malaysia..



TIPS MENGHILANGKAN GEMURUH DI DEWAN PEPERIKSAAN


Mula-mula berhenti menulis, luangkan sedikit masa. Letak pen atau pensil, genggamkan tangan dan lembutkan anggota badan. Jangan silangkan kaki.

Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung.  Dapatkan sebanyak mana oksigen. Sekiranya perlu ke bilik air minta kebenaran. Jangan fikir tentang kertas peperiksaan sehingga kembali ke dewan.

Buat semula senaman tarik nafas. Setelah lega, mulalah dengan membaca/menyemak jawapan yang dibuat dan mula menjawab.

Setelah selesai menjawab segala soalan, mengikut arahan dengan betul dan menyemak semula dengan berulang-ulang kali tetapi masih lagi berasa ragu – ragu mengenai ketepatan terhadap jawapan yang telah diberikan, bolehlah menyelak ke helaian terakhir pada kertas jawapan  .

Pastikan helaian terakhir kertas jawapan masih mempunyai ruang atau jika tiada ruang sila minta kertas jawapan yang baru dan kepilkan bersama kertas jawapan yang pertama tadi.
Setelah semuanya perkara diatas telah dilakukan, mulalah menggenggam pen dan kembali menulis... 
Insya-Allah...



[[[ ini adalah antara wajah-wajah calon SPM 2010 di sekolah ana.. ana harap mereka dapat buat yg terbaik dan dapat mengharumkan nama SMK Chini 2... saya tahu anda semua boleh!!! ]]]

GOOG LUCK !!!!


Tiada ulasan: