Tasik Chini

assalamualaikum...
hai..hai...hai..... ape kabar semua? eh? ade yang bace ke belog aku ni.. whatever la..


hari ni aku dengan family aku pergi Tasik Chini.. ala. tasik air tawar tu. sape x kenal, angkat kaki..hahahha
meh aku citaq sikit tentang Tasik Chini ni. okey, baca baik-baik ya.


TASIK CHINI


Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang diPahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.


Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.


LAGENDA


Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba Khmer yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan. 
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan.

* sejarah2 tu aku copy kat internet je.... huhuuhuu, aku pun tak tahu sangat, walaupun stay kat chini ni nak dekat 17 tahun....*



Tiada ulasan: