Apa yang best sangat?

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum...



14 NOVEMBER 2011, hari terakhir budak-2 sekolah aku ambil exam Spm.. hahaha, korang baru nak habis ek? Dia orang exam Sains Sukan hari ni... Alaaa, kesian.. aku sudah habis lama dah tapi bosanlah pula duduk rumah saja.. tak ada apa nak buat.. Tengok dekat fesbuk, macam-2 gambar korang uplode-kan? Wah!! heppylah tu.. Tapi tak apalah, kau harap korang dapat buat perkara-2 yang berfaedah-lah cuti ni.. Nanti sudah dapat result, nak sambung belajar mulalah kata 'tak puas lagi cuti'.. hahahha, gila kau cuti 3 bulan lebih tak cukup lagi.. Aku baru berapa hari pun sudah bosan!

Petang tadi aku chat dengan Hilal, bekas budak kelas aku masa form 4 tahun lepas.. Aku suruh dia tanya Cikgu Borhan pasal markah koko.. Aku nak isi tapi macam mana kalau markah koko tak ada.. Aku suruh sajalah dia yang tolong tanyakan.. Lepas tu, meleret-2 sampai kerja.. hahaha
Banyak pula kerja yang dia offer dekat aku.. Dari Kamdar, Butik, Kfc, McD, dan macam-2 lagi.. Huhuhu, rasa macam nak tapi tak naklah... Penat nanti...

Rindulah nak pakai pakaian sekolah.. Dari tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 aku pakai baju, baju, kasut dan stokin putih, dan kain biru muda.. Lawa kan? Masuk Tingkatan 4 aku mohon untuk jadi pengawas sekolah. Lepas tu, pakaian aku pun berubah.. Tudung warna ungu pudar, baju warna ungu pekat sikit, kain pula warna ungu pekat sangat dan kasut hitam.. hahahah, warna-warnikan aku punya pakaian.. Best kau tahu tak?!
Masa tingkatan 5, alhamdulillah aku terpilih untuk menjadi penolong ketua pengawas.. Walaupun aku rasa aku tak layak.. Yelah, aku baru setahun jadi pengawas tapi sudah jadi penolong.. macam tak adil bukan? Orang lain paling singkat jadi pengawas 3 tahun.. aku rasa yang lama tu lebih layak kut.. hmm, biar sajelah.. semua sudah berlalu...

Masa aku sekolah rendah (SK Chini 3&5), aku teringin sangat nak jadi pengawas sebab aku tak nak pakai baju putih lagi. Nak juga pakai pakaian yang lain dari orang lain.. hahahah, pelikkan...
Sepanjang aku sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 5, aku setia sangat dekat kelas nombor 2.. kira aku ni, loyalty la.. tapi masa aku darjah 6, aku kena masuk kelas akhir sekali.. Kelas nombor 4.. hahaha, masa aku tahu aku dapat kelas akhir sekali tu, aku menangis beb! hahaha, tak sanggup kau nak masuk kelas akhir.. Yelah, selalu kelas ke-2... Kena sesuaikan budaya mereka tapi bila sudah masuk, seronok juga sebab ramai rupanya yang kena down kelas.. Bukan aku seorang saja.. Lepas percubaan Upsr, aku kena naik kelas.. Dapat semula kelas nombor 2.. tak seronoklah, geng-2 sudah berpecah..

Itulah serba sedikit tentang persekolahan aku.. Zaman Tadika saja aku tak cerita.. Hmm, lain kali sajalah.. Sudah malam sangat ni.. Mahu tidur... Assalamualaikum :)

 

i
ni gamabr aku masa hari kedua terakhir persekolahan sebelum exam prinsip perakaunan

Tiada ulasan: