Geng FiQ'Ra : Pelik Tapi Tetap Comel

Assalamualaikum.
Peace Yunk [".]

Sekarang hobi aku adalah ONLINE.. ONLINE..dan ONLINE..!!
Tengah-2 'sibuk' online, ternampak pulak orang post something dekat group Ex-Tream Blogger pasal aktiviti Geng FiQ'Ra..
MENARIK! mau join eh tapi aku baru je taw pasal ni so, terus bergegas buat apa-2 yang patut macam daftar, buat card..

Geng FiQ'Ra : Pelik Tapi Tetap Comel





banner family GENG fiQ'Ra
(tak ada card sebab baru lagi kot.. ngee~~)



Join --> KLIK KLIK

Ehem3!! buat ape tu ek? dating yer? hahaha

Bismillahirahmanirrahim........

Aku mulakan dengan perkara-2
PELIK ok..

1. Ikan Keli dan sewaktu dengannya.
Aku sangat sensitif dengan ikan yang jenis macam ikan keli. Contohnyer, macam ikan patin dan sembilang.. Waa, aku memang tak bolah lah. Aku gellllliiii sangatttt...!! ada hari tu akak aku suruh masukkan gulai ikan keli dalam periuk tapi aku tak nak.. Hahaha, sampai nangis-2 aku masa dia suruh tu..  Seriously, aku memang tak boleh dengan ikan sepesis tu... ngee~~ [angkat kening sikit (^,^) ] KLIK SINI


2. MacDonald
Wah! Sepanjang hidup aku baru sekali aku makan Mcd. Pelik tak?!! *baik.cakap.ye* Itu pun Cik abg aku yang belanja, kalau tak.. sampai bila-2lah aku tak dapat merasa makan Mcd. Sedih sangat..

3. Shopping
Actually, aku lebih suka shopping sorang-2 atau dua orang gitu je.. Tak suka ramai-2 nanti tak ada felling nak shopping banyak-2 dan aku jugak sangat cerewet bila shopping. Kadang-2 aku masuk je kedai mana aku nak tapi tak beli pape pun. Mesti bengangkan sape yang ikut aku tu.. 


4. Budak Kecik
Selalunya budak-2 macam aku ni mesti taksub gilerrrrr kan dengan budak-2 kecik. Huuiii, not me okey.. Aku hanya layan sesetengah je budak tak semua. Sebab apa? aku takut la bila dengar budak-2 kecik ni menangis.. Tak boleh blahh...!!

5. Seluar Jeans
Sudah jadi trend zaman sekarangkan bila keluar je mesti pakai jeans. Kenapa ye? Best sangat ke seluar tu? Sebenarnya aku TAK PERNAH pakai seluar tu. Ada je keinginan nak pakai tapi sebab tak biasa kot so, aku tak nak lah pakai.

6. Kasut Dan Sandel
Aku suka kumpul kasut dengan sandel tapi aku punya murah-2 je.. Tak mahal pun. Tapi yang peliknya aku bukan selalu pun guna. Kalau pergi mana-2 pun aku pakai sandel yang aku suka je.. Tak kiralah pergi mana-2 pun.  Sandel tu je aku pakai.

7. Make Up
Aku JARANG make up.. Bukan tak pernah ok, dulu-2 je pernah.. sekarang tak dah. Now, aku just cuci muka dan bedak je.. Tu pun sudah cukup kot untuk orang macam aku.. ngee~~

8. Kuku
Ni hobi yang tak sengaja okey --> Klik Sini

9. Lelaki vs Rantai
Aku sangat benci lelaki yang pakai rantai. Yes! aku ingat lagi. Aku sanggup ubah background lappy aku sebab gambar tu ada lelaki pakai rantai. hahah, kejam kan aku?! peduli apa


10. Blogwalking
Ni sudah jadi kebiasaan aku bila masuk blog-2 orang aku akan 'mute' kan sound lappy. Sebab nanti aku terkejut dengan lagu-2 dalam blog yang bermacam-2 jenis. Nak-2 pulak bila bukak blog sekali banyak. Bising kan?!


Okey, tu je untuk sifat2 pellik aku

Seterusnya, perkara yang aku Comel.
ohh! comel ker?
Senyum.. senyum.. aww, comelnya.. ya aw aw!!
1. Gadis Melayu
Aku banyak baju kurung dan semestinya comellah bila pakaikan. Nak warna apa? Semua ad.

2. Photoshoot
Aku dengan geng-2 aku suka sangat snap-2 gambar. contoh --> Klik Sini

3. Senyun Itu Sedekah
Haa.. aku ingat lagi masa aku Form 2, cikgu math aku pernah tegur aku sebab aku menulis sambil senyum-2.. hahaha.. Aku senyum bila-2 masa saje. Kadang-2 malas jugak nak senyum.. Hahaha. Itu mungkin boleh buat aku lagi comel kot.. [Peace!!]


4. Domo Sayang
Aku tidur peluk Domo.. Bangun tidur, buwak kua si domo tu dan letak depan tv. hahaha, macam budak-2 kan.


5. Leans
Ceh, tajuk kecik macam aku pakai je kan.. Actually, aku pakai kaca mata. wah! nampak macam pandai je kan pakai spet bagai.

6. Zaman Kecik-Kecik
Dulu kecik-2 jiran ramai yang lelaki. Kiri, kanan dengan depan rumah semua lelaki. So, kawan dengan budak lelaki jerr..  main panjat-2 pokok, main sorok-2. rumah aku lah jadi mangsa. Best gak umm!

7. Ganu
Apa mende pulak Ganu  tu? Nama samaran aku dalam family lah. Korang jangan gelak plak ek.. Dulu pernah tension gak dia orang panggil Ganu , sampai aku cari kamus dewan untuk find maksud Ganu. Dan maksudnya adalah PELANGI. hahaha

8. Oscar
 Nak tahu apa Oscar tu?--> Klik Sini


9. Photoshop
Aku suke di tangkap gambar dan di tangkap gambar.. Selain tu, aku jugak suke edit-2 gambar.. nak tengok hasil kerja? --->  Klik Sini

10. Banjar
Aku anak Banjar.. Walaupun Banajar, aku tak reti sangat bila nak cakap.. sesetengah perkataan/ayat je aku reti.. Tapi aku faham apa orang cakap.. Tak tahu Banajar tu apa?? Cari dekat google.. ngee~~

Bukti Tentang Penaja Aktiviti ke-8 ::::













4 ulasan:

Kamil Kahar berkata...

cik sya...kamil pun org banjar gak...hehe...same la xtaw ckp bhase banjar tp kalo org cakap faham la... :)

fiQ'Ra berkata...

“ Pelik VS comel “

Gud luck dear ♥

Ck Syaa ツ berkata...

@ Kamil Kahar

haha... nak buat macam mana kan, kite bukan sllu dgar org ckap..... lumrah hidup... ngee~~

Ck Syaa ツ berkata...

@ fiQ'Ra

Hrap-2 boleh mnang hdiah ptma ok (: