Program Transformasi Generasi Baru Felda 2012 Wilayah Kuantan (PTGF)

Assalamualaikum.
Peace Yunk [",]


Alhamdulillah, Ck baru saja habis menjalani kem dekat Pusat Latihan Polis Bantuan Felda di Bukit Rokan, Negeri Sembilan .Dari 12 Feb 2012 hingga 15 Feb 2012 . Huh! Seriously, first time datang sana rasa menyesal ! Kenapa? Sebab kem tu tak macam yang Ck fikir . ingatkan kem macam pergi jalan-2 ke, hehe.. 

Perjalanan saja sampai 6 jam. Lamakan?! memang pun sebab kita orang sesat !! Bila sampai tengok budak-2 ni berkawat. Set in mind, aku jadi polis pula lepas ni.
Nasib baik facilities dekat sana okey . Okeylah daripada tak okey . Dalam doom ada aircond! Biasalah, budak-2 kampung bukan selalu guna , bila dapat mulalah jakun. haha

Ck dapat kumpulan 3 namanya FREEDOM macam dalam gambar dekat atas tu. Dapat dengan Daddy Izuwal  *betul ke eja ni*. Best gak um group ni, dan alhamdulillah group Ck dapat naib johan. Masa petang hari ke dua kot, En. Juhasnizam a.k.a Tok Abah buat pemilihan untuk group yang dapat buat aktiviti Menara Gading, Jungle Tracking dan Aktiviti Kompas. Group Ck dapat Jungle Tracking. mula-2 dapat tu ada juga rasa sedih sebab Ck nak yang Menara Gading. Nak main Flying Fox. Tapi bagus juga dapat Jungle Trcking sebab dapat tengok kampung orang. Bukan selalu bukan?

 Sebenarnya, dekat sana Ck belajar :-

1. Cara menghormati orang lain dengan bagi salam.
2. Semangat bekerjasama dalam pasukan
3. Kesabaran penting dalam kehidupan
4. Penggunaan masa yang lebih baik
5. Don't judge a book by its cover
6. Kehidupan seorang insan bernama Islam
Banyak yang Ck belajar disana walaupun kita selalu pandang perkara tu remet-temeh. Insya-Allah Ck akan teruskan apa yang Ck belajar. Amin :)

Peserta PTGF 2012 Wilayah Kuantan

Tiada ulasan: