Siapa kata perempuan tak layan bola?!

Assalamualaikum dan selamat tengah hari guy!


Ck Syaa percaya semua tengah frust sebab Skuad Harimau Malaya tak dapat kalahkan Skuad Singa Singapura kan.. Kalau Malaysia menang semalam mesti dapat masuk Piala Dunia 2011. Tapi xpela.. Xde rezekilah tu.. ayat sedapkan hati je.  Walau apa pun, tahniah juga buat pasukan harimau Malaya kerana telah berpenat lelah untuk memberikan permainan yang terbaik. Tahniah juga buat semua penyokong-2 kerana telah memberikan full support dekat mereka.


Sebenarnya Ck syaa dapat tengok sekejap saja perlawanan tu sebab semalam ada kelas tambahan. nak buat macam mana, terpaksa jugalah pergi. Dalam kelas tu sempat ladi Ck Syaa b'SMS..hahahahaaa, baguskan? adeq-2 jangan tiru Ck Syaa tau. Bukan SMS bagai.. Tanya pasal bola je...Percaya? entahlah. Ingat batal dah kelas semalam, rupa-2nya ada! xpe! SPM punya pasal..


Thank you  Pakcik Google  :)) Wah!! bergayanya dyeorang. Smartlah gambar nih..


Ck Syaa dengar orang kata defend Malaysi sangat lemah.. Hmm, Ck Syaa xsangka pun benda tu sebab bukan layan sangat bola-2 ni. Nama dyeorang pun tak tahu. tapi ada jugalah yang Ck Syaa tahu macam Safee Sali, Zaquan dengan Aidil.. Yang terkenal sajalah yang kenal :)) Ck Syaa memang banggalah sebab Skuad Singa berjaya menjadi pelakon terhebat! Buat pengarah-2 yang nak buat filem, ambillah dyeorang jadi pelakon. Memang terbaiklah!! wa caya lu! Rasa-2 nie memang taktik dyeorang jekan?! takpelah, asalkan Skuad Harimau Malaya dah buat yang terbaik, xdelah macam dyeorang.. Ops!


Ni perlawanan je kan.. Mesti ada menang dan ada yang kalah. Tak perlulah diperbesar-2kan sehingga menimbulkan perbalahan antara pasukan penyokong Malaysia dan Singapore.. Oit! takkan pasal bola nak 'berperang'. tak matured langsung.. Selepas ini pasukan Malaysia perlu berusaha lebih gigih lagi. Kuatkan bahagian defend..


Siapa kata perempuan tak layan bola? Kalau Ck Syaa ni entahlah. Kadang-2 layan, kadang-2 tak pun.. tak berapa fantastic sangat.. ada juga perempuan yang layan bola dan sangat fantastic *maybe*. nama-2 dyeorang pun tak hafal. Eish!! xde kerjalah nak hafal nama dyeorang tu.. bagi 2 minggu pun tak terhafal.. Kui3


Pagi tadi waktu pertukaran cikgu, sempat lagilah Ck Syaa berjalan-2 dekat tempat budak-2 perempuan. dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bila sampat dekat meja depan sekali, Ck Syaa berhentilah. Joinlah dyeorang sembang pasal mati. hahahahaa, xde kerja lahkan budak-2 kelas Ck Syaa ni kan.. dah habis pasal mati, dyeorang sambung pula pasal bola. yang paling tak tahan, gelagat Hanim laa. Punya nak tujuk gaya, sampai berdiri-2 lagi.. Wah!! semangatlah dyeorang! Dyeorang ceritalah pasal bola semalam.. kalah mengumpat ni.


Pendek kata bukan semua perempuan ni jenis nak bergeli-2 bajek ayu, gile fesyen, make up berinci-2, gila berphotooshot sana sini,. ada je perempuan yang tak heran langsung pasal benda-2 tu. dyeorang lebih suka aktiviti lasak-2 macam bola sepak contohnya.. Kami juga minat bla sepak ape! Sebab bolah usha pemain-2 hensem! kui3:))



Tiada ulasan: