Banyak cerita nak bagitahuuuuuu


Assalamualaikum...


Lama sangat kut aku tak update blog ni.. Okey, sekarang pun aku dah tamat pengajian di Matrikulasi Selangor selama setahun. Sekarang duduk goyamg kaki dekat rumah.

 

Lupakan pasal PRU13, keputusan dah keluar semalam..Siapa yang menang, aku harap dapat laksanakan tanggungjawab yang diberikan kerana Allah.

Baru saja duduk rumah seminggu, semalam pak cik telefon suruh aku kerja.

 " Nana, esok datang kedai angah pukul 2 petang. Pekerja angah cuti sekarang. " kata pakcik...
" Okey, angah " balas aku ringkas.

Sebenarnya, baru ingat minggu depan nak pergi Kuantan tengok anak sedara.. huhuhuu, tak tercapai dik harapan ku... Tak apalah, cuti aku banyak lagi.. Sampai bulan 9 kut.. Hehe, cutilah puas-puas cik Ana oiii.. Nanti dah sambung belajar sibuk pula kau merengek2 nak cuti.. sengal! (sila abaikan, monolog)

Hmm, lagi nak tulis apa ye.. Okey.. Haa, baru2 ni aku ada keluar dengan Si Daus tu.. Singgah kedai buku lebih dari sejam aku dekat sana. Nak habiskan baucer buku (BB1M).. Sudah semestinya novel banyak aku beli.. So, 1st novel yang aku baca Hello Suami, Hai Isteri... Gilaa gatal nak kawin! Berangan kejap.. Hehehe

Stop! stop! Next topic..

Esok aku mula kerja..
 Kena bangun awal. tak macam selalu, boleh tidur lama-lama..
Okey, Assalamualaikum... Wa nak sambung main fesbuk.

Tiada ulasan: