Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nyawa untuk terus beribadah pada yang Maha Esa..
R E M A J A D A N M A S A L A H ?
Tak ada seorang pun dalam dunia ini yang tidak pernah dilanda masalah. Meskipun dia seorang kanak-kanak, menteri, mahupun seorang raja. Apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa yang menjalani kehidupan yang biasa. Walaupun masalah itu sekecil kuman, ia tetap dikategorikan sebagai 'Masalah'..
Sebagai seorang remaja, macam Ana! sangat tak boleh lari dengan masalah.
Remaja, kita tahu dengan sifatnya yang selalu ingin mencuba sesuatu yang baru, ingin meneroka duniawi ini tapi jangan sesekali kita bertindak luar dari ________.
Salah satu masalah yang sering dilalui oleh remaja adalah 'Cinta'. Ya, cinta ada banyak.
Cinta terhadap Allah, Rasul, Ibubapa, keuarga dan kawan-kawan. Tapi hari ini, Ana nak share tentang cinta yang berlainan jantina (Lelaki dan perempuan).
Tak salah untuk mencintai seseorang kerana itu adalah fitrah manusia. Setiap orang pastinya ada perasaan suka pada seseorang tapi apa yang perlu kita ambil berat dan sangat perlu diberi perhatian adalah bagaimana kita mengawal perasaan kita itu.
Tak guna jika cinta tapi sampai sanggup jatuhkan maruah dan harga diri sendiri. Orang selalu kata jika lelaki dan perempuan itu berdua-duaan, akan datangnya yang ketiga iaitu Syaitan yang akan menghasut anak-anak Adam untuk melakukan sesuatu yang tidak baik (maksiat). Ya Allah, jauhkan aku dari perkara tersebut.
Ana manusia biasa, kadang-kadang lalai dalam membuat sesuatu namun perlu diingatkan dalam diri.
"Siapa Ana nak jadi masa depan? Nak jadi macam yang dulu, sekarang atau lebih baik?" Tanya pada diri sendiri..
[ Hehehe, Ana pernah terfikir nanti kalau Ana kahwin, Ana nak bakal suami Ana nanti sebelum akad nikah dapat hafal surah Al-Fatihah, 3 kul, Ayat Kursi dan beberapa ayat dari Surah Sajadah depan wali hakim dan mahar hanya yang ditetapkan ikut negeri (Pahang RM 22.50 sekarang).. Itu sahaja, wang hantaran? hmm,,, ikut atas ikhlas dia.. ]
Eh2.... tapi sebelum tu, Ana kena pastikan yang Ana kena jadi baik dulu.. tengah berusaha sekarang, jaga solat, jaga aurat, jaga ikhtilad.
Nak dapatkan pasangan yang baik, kita kena jadi baik juga. Orang yang baik akan daatkan pasangan yang baik... Haa, tak gitu?
Harap-harap impian Ana tu jadi kenyataan :) In Sha Allah, Aamiin.....